|
|
| Saturday, 1-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pelancaran Kempen Pendaftaran Pemilih, Kompleks Kuwasa, KK.
|
|
Sebenarnya majlis ini adalah majlis pelancaran Kempen Pendaftaran Pemilih yg dianjurkan oleh UMNO negeri Sabah. Turut serta dlm majlis tersebut adalah KM Sabah sendiri YAB Datuk Musa Hj Aman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Pengacara pada hari tersebut siapa lagi kalo bukan Ampal atau org di S'jung mengenalinya sbg Abu Bakar Ellah. Pelajar2 AF dari Sabah iaitu Linda, Adam, Mas, Ekin, Marsha, Felix dan Yazer turut serta dalam majlis berkenaan bagi menarik lebih ramai penduduk yang layak mengundi untuk mendaftarkan diri sbg pengundi... selain dari itu turut serta adalah Yani pemenang tempat ke 3 Mentor... mereka2 ini juga telah mendaftar sebagai pemilih pada hari tersebut...
OK... saya tak nak citer banyak pasal event nih sebab hari itu terlalu panas... saya dapat sunburn teruk sampai gelap.. (patutlah Linda kata saya dah gelap)... sampai arinih tak hilang lagi nih... so just enjoy the photos... btw that's the 1st time saya dapat jumpa Ekin dan Marsya...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 25-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam Shell Press Award 2005, Tg Aru Shangrila Beach Resort
|
|
Mungkin ada yg tertanya2 kenapa update saya selalu menumpukan pada seseorg artis sahaja. Bukanlah bermakna saya mengetepikan yg lain kerana saya menyokong perjuangan setiap dari pelajar AF ini tapi bergantung kepada keadaan dan akses saya dlm setiap pertunjukan pentas artis2 berkenaan. Sesiapa sahaja dari memana Fan Club kalau nak saya amik gambar artis mereka in action kat tpt2 yg mungkin takde wakil yang nak berbuat begitu, cuma perlu hubungi saya dan bagikan details lokasi, tarikh dan bentuk persembahan artis berkenaan. Insya Allah jika bersesuaian dgn masa saya, akan sampai saya ke lokasi tersebut untuk mengambil gambar mereka. Satu je yg nak saya ingatkan saya tak mengenakan sebarang caj utk kerja2 nih, sekadar sbg hobi dan menunjukkan sokongan saya pada setiap artis AF.
So, utk peminat-peminat Linda, enjoy the photo taken masa Linda membuat persembahan ekslusif untuk malam penghargaan wartawan dan media Sabah oleh Shell di Shangrila Tg Aru Beach Resort. Terimakasih saya buat Habil dan juga keluarga Linda yg memberikan saya kebenaran utk mengabadikan gambar2 Linda di malam berkenaan. Your hospitality will always be cherished and honoured. Thank you once again.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Looks Unisex Saloon, Asia City, Kota Kinabalu.
|
|
This saloon was opened almost 2 months ago and belongs to Habil Nanuwil... Yes guys... Habil Nanuwil, the brother of Linda Nanuwil the Pesona Bintang of AF2... This is my 1st meeting with him and after intorducing myself I found that he was as pleasant as Linda... well, they say it ran in the family kan?
Ok this Saloon is located at this address Block C, Lot 22, 1st Floor, Asia City, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. It opens as early as 8.30 am until 8 pm. Hehehe... you don't find that many shops of its kind in Semenanjung that open as early as that can you? So, I took the chance to capture some photo of the saloon what else can I do except to help promote this venue for all the help and hospitality given to me.
You can also become a member and if I was not mistaken there are 2 type of members and by becoming a member you will get discounts for various treatment (depending on the membership type) over a period of time... pretty good bargain I would say... price wise it is reasonable... and my next trip there is for sure to have my haircut for Hari Raya that's coming soon... and hopefully Linda would be there too... ahahaha!!! dream on!!!
Oh! By the way... the photo were taken when Habil was at Centerpoint donating his blood for the 2nd time of his life and I joined him donating for my 15th time... hmmm... still I feel like giving more.. except to vampires of coz!!! Ahaksss...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anugerah Era 2005, Stadium Putra Bukit Jalil.
|
|
Akhirnya dapat gak masuk... timerkasih pada ZA8 kerana memberikan tiket kepada saya... kalo Nadia leh dtg dgn Diana sure saya bawak sbb saya ada lagi 2 tiket tu tapi bila dah ramai sgt tak romantiklah.. hehehe...
Mula2 tuh saya amik video masa red carpet... pastu baru terhegeh2 masuk cari tpt duduk... so dptlah tempat yg tak berapa strategik... tapi usaha gak nak dapat lebih strategik... akhirnya berjaya gak.... timerkasih kat Nash (kawan lama saya yg bawa saya ke hadapan pentas)... agak malang persembahan dia terganggu oleh teknikal mikrofon tuh...
Selesai anugerah saya masuk ke post-party... so biasalah masa nilah saya menjalankan aktiviti memetik kamera dan ambil gambar2 artis nih... hehehe... saksikan secara eksklusif untuk anda...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 10-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Karnival Astro, Dewan Masyarakat Keningau, Sabah.
|
|
Lama sungguh tak jumpa Farah... kali terakhir rasanya masa malam anugerah AIM... jadi bila mengetahui dia akan turun padang beraksi di Keningau, saya paksa gak diri bangun seawal 6 pagi (6 pagi di KK sama dgn 5 pagi di S'jung) untuk menaiki bas pertama yg bertolak ke K'gau pada jam 7...
Jam 9.45 pagi, saya dah sampai di perkarangan Hotel Perkasa di mana Farah dan Mas menginap... tapi saya tidaklah menanti mereka di sana... saya terus ke Dewan Masyarakat Keningau untuk meninjau keadaan di sana.. Dewan ygn meninggalkan 1001 kenangan pada kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kgau semasa Konsert AF Tour lalu...
Timerkasih pada Jelmie, Audrey, Morinie, Fiona dan Weldy yg menemani saya sepanjang saya berada di sana... Walauun mereka masih dibangku sekolah tai layanan mereka berikan pada saya sgt istimewa... Tak lupa juga saya pada Jenny dan Dilla dari SMT K'gau yg berusaha dtg semata-mata utk bertemu Farah dan akhirnya hajat tercapai apabila dapat menaiki pentas bersama Farah...
Antara lagu2 yg dinyanyikan oleh Farah adalah lagu Joget (yg Ekin nyanyi masa konsert AF3), Seksis, Jangan Kau Mimpi, Antara 2 dan beberapa lagu lagi yg saya tak ingat... Secara keseluruhannya "KENINGAU! YOU ARE GREAT! AND YOU HAVE GREAT PEOPLE IN YOU!"... saya pasti akan ke sana lagi dlm waktu terdekat ini...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 3-Sep-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Astro Karnival Buhavan Square, Donggonggon, Panampang, Sabah.
|
|
Well... after 2 weeks in KK I finally made it to Penampang... a place famous for conducting concert for AF stars... So, this time it was Linda Nanuwil, the beautiful lass from Ranau of AF2 together with Isa, of AF3 Prelude to charmed the peole of Panampang in the Astro Karnival. The moment that I have been waiting for.
My heart beats fast waiting for Linda to turn up at the event. I was there as early as 8.30 am and later it was Isa who arrived first to the scene. Linda followed abt half an hour later. Am I lucky to be with her during the whole event... We spoke a lot about her career and recalling back sweet memories during the AF Concert Tour held earlier this year.
All the while, my heart says... she's so beautiful, if only... so savor the pix taken during her performance there...
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
LUVs... as promised...
|
|
Haiii!!!! Akhirnya dapat jugak upload foto Linda and dedicated for LUVs all around the world... enjoy it while it last... Sapa yg tgk GGPP di GSC KK malam esok, kita jumpa di sana....!!!!!!
Sedikit ulasan... the 1st set of photos were from their AF Tour series in Batu Pahat on the 13th April 2005... The 2nd set were taken masa kat DWP...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Some updates for LUVs
|
|
SORRY LUVs... I hate it when I have a PC with bad connections or PC yg lembab... that's another reason why I hate to go to CC coz they have the good PCs for games but not for internet purposes... it's ok... esok saya cari CC yg ada PC with better internet connection and put in the fotos for you...
Lama gak saya tak update fotopage saya nih... yelah sejak2 computer saya rosak susah nak buat menda2... skrg saya di Kota Kinabalu bekerja di sini... kena plak update kat CC... tapi apa yg ada kat saya jelah... yg lelain tu (banyak sebenarnya) ada kat dlm hard disk yg rosak tuh...
gambar2 ni kira baru gaklah... semasa di DWP lalu... byk lagi tapi digicam saya hilang pada haritu jadi apa yg ada hanyalah dari vidcam saya... selain dari itu ada gak imej dari konsert AF tour di BP... but I know LUVs mesti suka punya... love u LUVs...
Nak promo sikit... jangan ketinggalan utk menyaksikan cerita Gila-Gila Pengantin Popular di pawagam berdekatan dgn anda bermula 25/08/2005 ini... Linda akan muncul buat pertama kalinya di layar perak dlm cerita ini... dan nantikan jua kemunculan album beliau dalam waktu yg terdekat ini... To Yan... Selamat Pengantin Baru dan Selamat menempuh alam rumahtangga.. semoga berkekalan ke anak cucu... maaflah abg tak dpt hadir majlis Yan... kalo Linda ada kat KK Sabtu ni nanti abg htrlah gambar abg dgn dia kat yan... ahaksss...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Apr-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Additional Photos taken during Tsunami concert
|
|
"for those who wish to link my fotopages to yours or your website or whatever site you have, feel free to do so... if you wanna download the photos, feel free to do so... with only one condition... pls give credit for my hardwork... thank you..." - Thursday 17th Feb 2005
Tak tahulah part mana dari ayat di atas yg sesetengah pengunjung tak faham tapi rasanya tak susah untuk difahami... bak kata org tua-tua, bila bertandang ke rumah orang, kalo nak ambil atau pinjam barang dari rumah tersebut kenalah minta izin dari tuan rumah nya dulu... barulah dapat restu dan berkat usaha kita tuh... setidak-tidaknya bagilah tau kat orang lain siapa tuan punya barang tersebut... barulah tuanpunya barang tu terasa dihargai... contohnya spt di sini http://nurulaf.fotopages.com ... mereka mengambil bulat2 laporan konsert di Labuan yg saya tulis tapi masih memberi kredit atas usaha saya ... begitu juga dgn fotopage ini http://ka3r.fotopages.com ... beliau meminta izin dgn saya utk mengambil gambar kaer yg ada di sini sebelum memasukkan di fotopage beliau...
Disebabkan sikap kurang adab peminat artis AF2 ni, saya tidak akan mengeluarkan lagi gambar solo artis berkenaan di sini kecuali terpaksa dan tidak dapat dielakkan kerana dia berada di dlm kelompok artis lain... yg sudah di"publish"kan sebelum tarikh ini takkan saya "revoke"... jadi pada peminat artis AF2 lain jgn risau kalau nampak gambar solo artis anda di sini maknanya "pencuri" itu bukan dari kalangan FC anda... Minta maaf juga kerana saya tidak dapat mengelakkan dari susu sebelanga menjadi rosak akibat nila yg setitik ini... pada peminat artis AF2 yg berkenaan tetapi tidak terlibat dalam "kerja-kerja kotor" ini , saya memohon maaf tetapi bagi saya ada baiknya anda hapuskan "pencuri" di kalangan kelompok anda agar kumpulan anda terus di hormati... kerana walaupun "pencuri" ini mewakili golongan peminat 2 artis AF2 ini, saya hanya mampu mengeluarkan gambar salah seorang dari artis berkenaan di sini kerana ada di kalangan peminat artis berkenaan masih menghormati saya dan hasil kerja saya ...
Ramai orang mencadangkan agar saya meletakkan watermark pada hasil karya saya tapi saya beum terfikir nak melakukannya... Antara sebab mengapa saya tidak meletakkan sebarang watermark di gambar2 saya adalah kerana saya tidak mahu gambar tersebut menjadi cacat dengan adanya watermark itu... bagi org yg meminati senifoto dan juga senilukis, walaupun ia hanya ruang kosong ia amat bermakna bagi menampakkan nilai estetik, keindahan dan kecantikan imej yg di bentangkan di dalam foto berkenaan... saya juga percaya akan kejujuran, keikhlasan dan ketelusan teman2 peminat sbg mewakili masyarakat timur yg penuh adab dan sopan...
Tak naklah terus berleter pasal org tak beradab ni... saya persembahkan beberapa keping gambar dari konsert Tsunami tempohari yg ada dlm simpanan saya utk tatapan anda... dah lama simpan tapi tak sempat nak loadkan... saya harapkan peminat Nurul terutamanya juga Anding dan Fitri (tak banyak yg ada pun sbb susah nak ambil malam tu) gembira dgn gambar2 ini,,,
bagi peminat Farah dan Zahid anda juga boleh menatap sebahagian gambar2 koleksi saya yg saya hadiahkan kepada peminat mereka di sini... http://fahid.fotopages.com ... jgn salah anggap saya melebihkan memana artis kerana saya ingin berlaku adil terhadap semua artis AF tetapi sikap peminat membuatkan saya terpaksa mengambil langkah tegas ini... sekali lagi saya mohon maaf...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Apr-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Anding B'day Bash - Rooftop Lanai Gurney 23rd April 2005
|
|
Well, I was invited by anding for his birthday bash and then theme was ALL WHITE... hmmm... puas gaklah memikirkan mana nak cari seluar putih sebab saya mmg fobia pakai seluar putih ni... baju putih tak kisah sgt sbb saya mmg suka baju putih esp baju melayu... ... tapi pakai gaklah baju t putih dgn seluar seakan2 putih...
sbnrnya bday bash ini dibuat 2 hari lebih awal dari tarikh hari lahir sebenar Anding iaitu 25/4 kerana Anding akan ke Swak... jadi biarlah buat dulu dari buat lambat sgt or tak buat langsung...
Ok... memula nak cari tempat ni pening gak sbb walaupun dekat dgn rumah saya dan selalu lalu situ tapi biasalah mmg ignorance sgt tempat2 camni... setelah dapat direction dari Ruhil of LUV (thanks Ruhil) dapatlah saya cari tempat tuh... sampai situ dan baca papantanda dia rasa gerun semacam... Lanai Gurney Corp Suite... huish... fobia sungguh saya sebab pakaian tak seberapa... takut kena halau dengan guard plak nanti... mujur (bahasa ganu sket) diorg tak kisah sgt...
Tingginya tempat nih... dan dapatlah lihat keindahan KL di waktu malam dari sana... sempatlah saya rakamkan keindahan lampu2 neon yg menghiasi KL terutamanya KLCC dan Menara KL... tapi org2 yg dtg pun tak kurang hebatnya... pakai putih2 belaka... rasa macam masuk syurga plak... yg paling terkejut saya tgk ialah Iqram (kawan baik Anding) yg mewarnakan rambut sampai putih... aiseh... ikut theme betul dia... saya pun nak elak nampak rambut putih...
Anding sampai lambat sikit tapi masih segak dlm pakaian serba putih... paling menarik perhatian saya kasut beliau... turut menghadiri majlis adalah bapa Anding iaitu En Zaini, rakan2 artis AF seperti Sahri, Kaer, Fitri dan Mas. Selain dari itu wakil2 FC lain seperti FFC, EFC, LUV juga ada... tak lupa juga FA8 dan FADAM fanz... dan juga wakil2 media spt Abg Zubir (HM), wakil dari Media Hiburan dan kawan baik saya dari URS, saudara Juan Danza (rindu sebab lama gak tak jumpa dia)...
Majlis bermula dgn bacaan doa selamat dan kemudian tiup2 lilin dan potong kek oleh Anding... Satu kelainan yg saya rasakan malam itu adalah kehadiran 2 pemuzik yg bermain biola dan cello memainkan lagu ulangtahun semasa Anding tiba dan mengiringi kami menyanyikan lagu tersebut masa acara tiup2 lilin tuh... pastu Anding berkhutbah panjang sambil diiringi dengan pertunjukan slide kisah kehidupan anding dari kecik sampai lah jadi bintang AF nih...
Seterusnya, untuk merealisasikan impian Anding, ada plak acara melepaskan belon helium ke udara dan membebaskan burung merpati... simbol kebebasan yg pernah di impikannya semasa dlm akademi dulu... tapi Anding mcm takut2 jek dengan burung merpati tuh... ahaksss... malu Anding kalau Edlin nampak tuh... Edlin lagi brutal sebab berani pegang burung kakatua, dan ular sewaktu memula kuar AF dulu...
Selepas itu acara makan2... best gak sebab ada western, seafood, BBQ dan local foods... berbaloilah sesiapa yg dtg bayar RM55 tuh... Lepas makan Anding nyanyi lagu Ayu (katanya sesuai dgn tema malam tu) dan kemudian mengajak rakan2 AF nyanyi lagu Flying Without Wings... acara seterusnya games... ... nak gak join tapi biasalah sayakan pemalu dan low profile... ahaksss... so tgk jelah... yg paling menarik bagi saya adalah limbo rock esp bila Juan Danza buat... fuyooo!!!! best giler aksi dia...
Lepas tu saya diberitahu yg mereka bercadang nak mencampak Anding ke dalam kolam... ... mata Anding di tutup dan dia di bawa ke tepi kolam... bukan kolam actually tapi jacuzzi... jadilah Anding macam apek dlm citer Ali Baba Bujang Lapok... masa nak naik tangga ke tepi kolam, Anding menjerit ketakutan... pastu ada plak tetamu yg menyakat mengatakan byknya keter kat bawah tu... lagilah Anding menjerit ketakutan... tak lengah lagi terus aje Iqram campak dia ke dalam air... seksi habis Anding bila kuar dari air... maklumlah pakaian putih... paling sayang kasut dialah...
acara terakhir ialah karaoke... hehehe... memacam suara yg kuar... ramaui gak yg nyanyi... tapi respek kat Juan... dia sanggup tunggu walaupun kawan dia ajak balik kerana ada mesyuarat semata-mata untuk mendendangkan lagu sahri... best!!! Lagi satu hadiah utk best dressed jatuh kepada Kak Syeina dan juga Juan... pastinya Juan pulang dgn hati gembira gitu...
sbg penutup... inilah petikan sms yang saya terima dari Anding danpastinya ditujukan kepada semua yang hadir pada malam itu... "Terimakasih sebab sudi datang dan memeriahkan majlis birthday bash saya... sebarang kekurangan adalah kesilapan dari pihak saya... bla... bla... (tak ingatlah tu)"
|
|
|
|